1 June 2014

Pencarian Harta Karun di Lusatia




Pencarian Harta Karun di Lusatia 


Tomaš Kappa / Ralph Th. Kappler
( diterjemahkan oleh: Han Yan Yoong )


 
"Seribu tahun dan lebih lamanya telah kita hidup seperti adik-beradik tersayang .
Anda, anda bertahan yang saya bernafas. Dan saya bertahan kemarahan anda "
(Heinrich Heine "Satu Edom")





 

Terkandung disini adalah sebuah cerita mengenai suatu rahsia dan skandal yang paling

besar daripada negara Jerman dan itu adalah tentang layanannya terhadap orang-orang

Sorbian. Mereka dibernarkan untuk menganjurkan tarian tradisional Sorbian kepada

khalayak penonton Jerman tetapi hak asasi mereka dicabuli. Namun di sebalik hak minoriti  


dan harta kekayaan mineral Lusatia mereka yang berlimpah, pihak berkuasa Jerman

meneruskan dengan penutupan sekolah dan tadika Sorbian.





Lusatia briefing at Foreign Press Association, London May 2002
(Jan Nuk, Domowina Chairman, left / Tomaš Kappa / Ralph Thomas Kappler, centre)







Seperti yang didedahkan oleh stesen televisyen Jerman MDR baru-baru ini,

landskap dan  banyak kampung Sorbian
yang tidak boleh ditukar ganti telah

dimusnahkan atas dasar undang-undang Nazi. Sorbian adalah bangsa Slavia yang paling

kecil dan minoriti negara Jerman yang hidup dalam satu daerah bernama Lusatia. Orang

Sorbian telah menyemai tanah dan hidup di Lusatia selama lebih daripada 1,500 tahun

tetapi sentiasa di bawah tekanan Jerman untuk meninggalkan budaya Slavia mereka

sendiri.






Girl from Sorbian Lusatia (Foto by Iwajla Klinke)



Undang-undang Nazi ini yang tidak pernah disingkirkan, dengan itu telah memungkinkan

perampasan rumah-rumah milik persendirian dan hartanah komersil di Lusatia pada skala

yang besar sehingga hari ini. Tujuan asal undang-undang ini adalah untuk menyokong

pembinaan mesin perang Hitler dengan bekalan arang batu dari Lusatia. Kerajaan Jerman

sekarang telah membenarkan amanah tenaga kepada syarikat negara Sweden, Vattenfall,

untuk menggunakannya bagi memusnahkan satu kawasan di Lusatia yang bersamaan

dengan saiz negara Luxembourg.


Pihak berkuasa Jerman telah dengan sistematiknya menyembunyi penyalahgunaan tanah,

budaya dan khazanah orang Sorbian daripada pandangan orang awam. Negara Sweden telah

mengaut keuntungan daripada penyalahgunaan dan undang-undang rampasan Nazi tersebut.

Hanya dengan ancaman perampasan secara paksa, yang Vattenfall mampu memeras ugut

orang Sorbian untuk meninggalkan kehidupan dan tanah mereka. Dengan ini, syarikat

negara Sweden, Vatenfall dibenarkan untuk mengembangkan perlombongan arang batu

menerusi pengorbanan kedua-dua landskap yang indah dan kehidupan orang-orang disana. 



               






"Satu perempat warga dari keseluruhan negara kita telah dipaksa untuk meninggalkan

negara asal kami dengan lobi perlombongan. Kami warga Sorbian sudah dipaksa ke hujung

tebing", kata Jan Nuk, pengerusi organisasi naungan Sorbian, Domowina, melalui

Persatuan Akhbar Asing di London. Tidak lama selepas itu, pintu Buckingham Palace

dibuka kepada wakil warga Sorbian untuk membawa hadiah asing pertama ke London semasa

"Jubli Emas" Ratu Elizabeth II. Orang Sorbian tidak pernah berkempen di ibu negara

England sejak akhir Perang Dunia II. Pada tahun 1946 mereka cuba, tetapi dengan sia-sia

dalam melobi Lusatia untuk menyertai negara Czechoslovakia, di London.



Sehingga hari ini, Lusatia terletak di negeri-negeri persekutuan Brandenburg dan Saxony.

Lusatia diberkati dengan sumber emas, tembaga dan nadir bumi terbesar di Jerman. Tetapi

rantau ini mengalami terutamanya  kekurangan polisi bernas yang akan menolong

golongan minoriti tersebut. Sungguhpun dua puluh tahun selepas kejatuhan rejim komunis,

orang Sorbian tidak mempunyai perwakilan demokrasi yang sah mereka sendiri.

Terdapat juga tanda-tanda harapan. SERBSKI SEJMIK berusaha untuk menjadi gerakan

akar umbi pertama ke arah sebuah parlimen Sorbian. Stanislav Tillich ialah Menteri

Presiden pertama asal Sorbian. Ahli muzik band kultus Silbermond bertutur dalam Sorbian.

The 20th Century Fox studio mengedarkan filem berjudul Krabat, yang memaparkan

bintang terkenal Jerman seperti Daniel Brühl dan Robert Stadlober. Namun demikian,

pembuat filem Jerman gagal untuk menyatakan bahawa buku terlaris yang berdasarkan

cerita epik kebebasan Sorbian, Krabat pada asalnya, telah diterbiti oleh Měrćin Nowak-

Njechorński.

136 destroyed Lusatian villages - Vattenfall's open-cast lignite mining



  


    136 Kampung-kampung Dimusnahkan

Werner Domain dan isterinya merupakan penduduk terakhir kampung Sorbian dari Horno.

Pasangan bersara tujuh puluhan tahun, berusaha untuk menghadapi ugutan yang

berterusan daripada pengusaha perlombongan. Mereka mampu untuk menanam pokok

Linden di hadapan rumah mereka manakala jengkaut arang batu gergasi menghampiri

mereka dalam keadaan hingar dan awan debu yang memekak. Pada masa itu, Horno

telahpun lengang dan dibinasakan seolah-olah daripada peperangan.



136 kampung-kampung lenyap di kawah arang batu lignit Lusatia, tepat-tepat di hati negara

Jerman. Jerman, mengisytiharkan dirinya sebagai negara terkemuka utama teknologi hijau

dan ekologi. Tindakan kejam ini mempercepatkan pembasmian sifat wujud orang Sorbian.

Di laman Internet www.verschwundene-orte.de seseorang boleh mencari nama-nama desa

 berirama yang termusnah Sorbian seperti Awam, Bukovina, Horno, Barak, Rovno atau

Lacoma.




Horno telah dimusnahkan oleh syarikat tenaga milik Sweden, Vattenfall, walaupun tiada

arang batu yang boleh dieksploitasi kampung ini. Vattenfall telah mengambil alih hampir

seluruh infrastruktur tenaga Jerman Timur ketika kejatuhan komunisme. Ini bukan satu

kebetulan kerana beberapa ahli politik Jerman Timur yang paling menonjol telah membuat

kerjaya pantas di bawah naungang lobi tersebut. Sweden juga merupakan satu daripada

rakan perdagangan utama barat dan pembekal teknologi kepada rejim komunis Jerman

Timur. Hari ini, Vattenfall menaja komunikasi Sorbian dan infrastruktur pendidikan, yang

mengurangkan perwakilan diri Sorbian. Syarikat perlombongan Lausitz, Laubag

mengumumkan secara eufemisme, bahawa mereka telah "diperuntukkan" lebih daripada

750 kilometer persegi tanah. Apa yang mereka sebenarnya melakukan melalui penggalian

tanah besar-besaran ini adalah untuk memusnahkan kawasan saiz Bandar Negara

Hamburg. Prof Joachim Katzur, ketua Institut Perlombongan Pembangunan Semula, pergi

lebih jauh lagi di dalam satu wawancara ZEIT: "Sebenarnya, pengendali perlombongan

Lusatian telah menjejaskan sebanyak empat kali tanah, jika kita mengira juga gangguan

aliran air bawah tanah".




Oleh itu lebih daripada 3000 kilometer persegi tanah perbandaran Lusatia subur telah

dikorbankan secara berterusan untuk perlombongan arang batu. 3000 kilometer persegi

tanah yang terjejas adalah lebih daripada saiz Luxembourg dan separuh saiz wilayah

Palestin. Saiz Lusatia secara keseluruhannya adalah boleh dibandingkan dengan saiz

negara EU, Belgium. Di Jerman ribuan kilometer persegi tanah yang subur telah lesap

dalam perlombongan dedah batu lignit kawah terbuka. Intervensi buatan manusia ini ke

atas sifat alam semula jadi merupakan transformasi yang paling besar bagi permukaan

bumi sejak zaman ais terakhir.

Lusatian Village - Associated Press AP






         Cerita dongeng tentang arang batu bersih.

"Jika kita mengambil kira perubahan cuaca global dengan serius, kita perlu menjauhi

daripada arang batu batu lignit secepat mungkin," kata Claudia Kempfert dari Institut

Jerman untuk Penyelidikan Ekonomi. Disebabkan oleh kecekapan yang rendah dan

pelepasan gas rumah hijau yang besar, batu lignit arang adalah sangat memudaratkan

terhadap iklim. Kini kita kehilangan lebih daripada sekadar perjuangan demi perlindungan

iklim.Carbon Capture & Storage (CCS) adalah hanya sesuatu topik hangat perhubungan

awam yang telah dicipta oleh Vattenfall, RWE & Co. Tujuan pengisytiharan teknik uji kaji ini

adalah pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan penyimpanannya di bawah

tanah. 




"CCS adalah sebenarnya satu alat untuk menghalang pelaburan dalam teknologi tenaga

boleh diperbaharui dan dengan itu untuk mengukuhkan struktur kuasa fosil oligarki," jelas

pakar tenaga Parti Hijau, Astrid Schneider. Di Saxony, pendengaran parlimen baru-baru ini

gagal untuk menjadikan kes bagi CCS. Pakar Vatenfall, Hubertus Altmann, mengaku dalam

Parlimen bahawa teknologi CCS tidak boleh digunakan untuk perindustrian sebelum

pertengahan dekad akan datang, sekiranya sama sekali.






      Prinsip Matryoshka

Logam berharga yang  bernilai berbilion-bilion seperti emas, platinum, perak, zink dan lebih

daripada 2.7 juta tan tembaga syal dijumpai di Lusatia. Harga pasaran dunia sehingga

10,000 € boleh dicapai bagi satu tan tembaga. Kupferschiefer KSL GmbH memohon hak

perlombongan di Lusatia. Namun KSL beroperasi di bawah prinsip Matryoshka yang keruh.

KSL adalah semata-mata anak syarikat Panama Minera SA. Minera SA adalah sebenarnya

anak syarikat Inmet Perlombongan Kanada. Dan Inmet Perlombongan diketuai oleh

seorang ahli geologi Jerman dari Aachen, Ketua Pegawai Eksekutif, Jochen Tilk. Hanya

dengan penyertaan rakyat Jerman dan kemudian boleh memberi ketelusan kontrak. Dan

pencarian harta karun Lausitz akan menemui sejenis pengakhiran yang gembira, sekiranya

selain menyediakan peluang pekerjaan dan keuntungan, pelaburan yang besar ke dalam

sistem pendidikan di rantau ini, universiti dan program bahasa Sorbian.

Pewaris Nuk, David Statnik, menuntut: "Jika hak perlombongan diberi kepada syarikat-

syarikat arang batu, tembaga atau emas, mereka harus melabur dalam Lusatia sebanyak

mana yang mereka perlu di Bavaria atau North Rhine Westphalia."




Sorbian Wendish village Horno - destroyed by Vattenfall (Foto Gerard Petit)





        Nazisme, Komunisme dan kini Demokrasi yang dikenakan.

Orang Sorbian telah ditindas selama berabad-abad. Mereka dilarang menggunakan bahasa

mereka sendiri. Malah mereka tidak dibenarkan untuk menyimpan anjing atau kuda.

Selepas zaman kegemilangannya yang ringkas dalam tempoh makrifat, tekanan asimilasi 


Jerman yang kejam pulang kembali. Beribu-ribu keluarga di Lusatia telah dipaksa untuk 

“menjadi” Jerman, atau “dijermanisasi”. Satu peristiwa penting tarikh kembali ke tahun 939,
apabila Count Jerman Gero memajukan kerjaya ketenteraan beliau dengan menjemput tiga

puluh putera Sorbian ke suatu perayaan dan membunuh mereka di tempat kejadian.

Dengan cara ini, Gero memecahkan rintangan orang Slavia terhadap perompakan tanah Jerman.



Apakah keadaan hari ini? "Walaupun selepas lebih dua dekad revolusi aman, kita tidak

mempunyai hak penentuan nasib sendiri sebagai Sorbian. “Sorbian masih diperintah oleh

orang lain”, adu Benedikt Dyrlich. Sebagai pengerusi Persekutuan Artis Sorbian, beliau

mengkritik kekurangan wakil Sorbian di tanah air mereka sendiri. Organisasi payung

Sorbian Domowina masih terikat dengan inersia seperti GDR dan politik “atasan ke bawah”.

Markus Meckel mahir dalam perkara itu. Beliau dilantik secara bebas sebagai Menteri Luar

Jerman Timur yang pertama. Dan dalam pada itu, beliau mengambil bahagian dalam

rundingan 2plus4 dengan kuasa pemenang perang dunia kedua. Baru-baru ini, Meckel

dengan ironinya berkata di Brussels: "Mungkin Sorbian akan menjadi lebih baik, jika

sebagai, Bangsa Pertama, mereka membuat mereka sendiri sedikit lebih berdikari dengan

sumber-sumber mineral mereka yang melimpah."


Meckel cuba mengelak apabila ditanya mengenai penampalan yang cuai di dalam

Perjanjian Penyatuan Jerman. Menteri Dalam

Negeri, Wolfgang Schäuble, menampal perjanjian ini secara tergesa-gesa bersama dengan

"jarum panas" dan dengan ahli-ahli politik Jerman Timur yang bertoleransi dengan STASI.

Sebagai Menteri Luar, "Perjanjian Penyatuan ini bukan sebenarnya dalam minat saya",

kata Meckel.



Oleh itu, persoalan yang siapa memiliki tanah-tanah Sorbian nenek moyang ini masih

menjadi topik tumpuan yang juga diabaikan oleh birokrat Jerman Timur. Siapakah penghuni

tanah Lusatia dan sumber alam semulajadinya? Persoalan penting tentang kesahihan hak

penggalian yang dianugerahkan secara tergesa-gesa ini masih tidak dapat dijawab

sehingga hari ini.




         Berdiam diri adalah kematian, perbicaraan adalah emas

Marka Macijowa, ketua Syarikat Penerbitan Kebangsaan Sorbian memberi tumpuan

kepada penyediaan asas pendidikan bahasa Sorbian-Jerman. "Bahasa Sorbian hanya akan

hidup jika ibu bapa mewariskannya kepada anak-anak mereka. Sementara itu, orang-orang

Jerman mesti belajar untuk menemui dan menghormati budaya Sorbian sebagai aspek

yang memperkayakan budaya mereka sendiri", tuntut Macijowa. Sementara itu, Sorbian

juga telah menubuhkan hubungan politik dengan Berlin, Prague dan Brussels.




Presiden Parlimen Eropah, Jerzy Buzek, bersetuju untuk menjadi penaung Persidangan

Antarabangsa mengenai Muzik Sorbian di Cottbus tahun ini. Sebagai seorang pemuda

Buzek menganjurkan pergerakan Perpaduan Poland di Silesia dari politik bawah tanah.

Bantuan juga boleh datang daripada sumber yang lain. Pesuruhjaya Pertanian, Dacia

Ciolos, dari Romania kini sedang menyusun semula sektor pertanian EU. Tujuan beliau

adalah menyahpusatkan pembangunan ke pinggir sektor pertanian Eropah dan untuk

menjadikannya lebih hijau. Jika ini reformasi EU dilaksanakan sepenuhnya, ia akan menjadi

dorongan dasar mampan bagi rantau ini Lusatia. Selama lebih enam belas abad Sorbian

telah diperkatakan dan diraikan di rantau Lausitz itu. Eksploitasi arang batu kejam kini

membinasakan landskap dari mana budaya Sorbian muncul.




Buckingham Palace Gates open for Sorb Delegation - Jan Nuk, Tomaš Kappa (2002)



Di dalam satu majlis di Istana Buckingham Jan Nuk dan pengarang menyerahkan sebuah buku

biru-terikat kecil bertajuk "Dwe Lubosci Ja Mam - Dua Cinta yang Terkandung Dalam Saya".

Sonnets Shakespeare dalam bahasa Sorbian. Juga, dengan ahli falsafah Jerman Peter

Sloterdijk dalam minda, seseorang itu boleh berkata, bahawa Jerman dan Sorbian kini

mesti belajar dan mengamalkan teknik untuk hidup bersama-sama. Pengetahuan hidup

sesama sendiri ini  sememangnya harta Lusatian yang paling bernilai dan lagi belum

ditemui. Lusatia masih boleh bangkit untuk menjadi sebuah negara kosmopolitan teknologi

bersih. Secara ironiknya warga majoriti Jerman akan turut memanfaat daripada perubahan

ini.



Hanya pada akhir hayat bapa saya, akan beliau bertutur dalam Sorbian sekali lagi. Selepas

beliau meninggal dunia, saya menjumpai satu slip resit di atas meja kopi dia. Ruang tamu

beliau kelihatan umpama telah dikemaskan seolah-olah dia telah menjangkakan lawatan

tidak lama lagi. Di dalam slip ini ayah saya telah menulis hanya dua ayat:

"Witajci k nam" (amat  dialu-alukan) dan ke bawah, juga dalam bahasa Sorbian:

“Berkat kepada siapa yang pulang ke rumah".







* Article "Schatzjagd im Sorbenland”, Treasure Hunt in Lusatia," published
  by Pogrom-Magazine of the "Society for Threatened Peoples –
  Gesellschaft für bedrohte Völker“, Ralph Th. Kappler / Tomaš Kappa,  
  Göttingen 2012
 


*  Press Release: Sorbian Delegation at the London based Foreign Press Association
   Joint statement of HALO ENERGY and DOMOWINA, London 2002 

   https://independent.academia.edu/RalphThomasKappler


* Sorbian Wendish EU Memorandum to EU-President José Manuel Barroso,
   Sorbisches EU Memorandum an EU Präsident
José Manuel Barroso, 
  
Brussels / Budyšin / Bautzen, 7th of June 2012   

   https://independent.academia.edu/RalphThomasKappler


* Ralph Th. Kappler / Tomaš Kappa founded the
HALO ENERGY
  CleanTech communications network in 2002 in London. 


Distributed by HALO ENERGY

Web: https://www.halo-energy.com



 
MORE INFORMATION  ON SORBIAN LUSATIA




Institucije | Institutionen | Institutions
 
Ludowe nakładnistwo Domowina/
Domowina-Verlag Bautzen/
Domowina People's press


Łužiska Alianca – Lusatia Alliance - Lausitzer Allianz









Kubłanje & šule | Bildung & Schulen | Education & schools





Towarstwa & organizacije | Vereine & Organisationen | Associations





  



Medije | Medien | Media 




 



RUNJEWONLINE.info - Swobodny online-magacin
Upper Sorbian free online-magazine


Wikipedija - hornjoserbsce Wikipedia - obersorbisch 

HALO ENERGY